Rabu, 20 Mac 2013

Bawa ku ke jalan Allah

 Nie semester baru telah bermula dimana aku kembali lagi ke IPT yang aku menuntut sekarang... hari demi hari aku lalui dan pelbagai dugaan yang aku kena hadapi...meski banyak tentangan hanya satu dalam minda ingatlah buat dengan ihklas dan laksanakan ia kerana ia adalah amanahmu..siang dan malam silih berganti begitu juga orang disekeliling aku(bukan pasangan hidup tahu) maksud kawan yang pergi dan ada juga yang baru aku kenali...tetapi banyak juga pengalaman pelik aku terima seperti Syaitan yang bertopengkan manusia...manusia yang hilang ketentuanya dan pelbagai termasuk aku sendiri yang masih tercari2 apa dan dimana jalan-jalan menuju keSyurga Allah...kujejakkan kakiku ketanah bergerak melangkah seraya bertanya dihati apa aku ini cukup takwa...dan bertanya pada hati akankah aku lepas daripada soalan munkar nakir...akankah jasadku mampu menanggung siksa azab kubur...Ibersama kita pikirkan dan renungkan....!!!!1

Jumaat, 4 Januari 2013

Menjelang 2013

ErMm Selamat Tahun....Happy new year....lama tidak blog2....Tahun baru menjelang lagi dan keputusan sudah kluar dimana keputusan kurang membanggakan tetapi Alhamdulillah....tdak ada yang sangkut dan menyebabkan saya mengulang...Hobi baru...mungkin lah bagi saya membaca buku novel yang berunsurkan islamic...antara buku yang sudah dibaca adalah "maria" memang novel yang terbaik yang pernah saya baca...dan satu lagi hati ini bagai lebur dengan API KEINSAFAN...sesungguhnya Allah itu maha menerima taubat seseorang Hamba dan proses menuju ke jannah Allah sedang ku usahakan dan Inn Syaa Allah semoga kudrat ini dapat melaksanakanya dengan mudah...selain itu kami juga menyambut tahun baru dgn begitu meriah meski pun separuhh rakan2 yang lain tlah kembali kerumah merka dan juga saudara terdekat...satu lagi cabaran buat diriku adalah mengikuti Pilihan raya umum 2013 bagi politeknik kuching sememangnya hati ini rasa berdebar kerana ia sesuatu yang baru bagi diri ini...doakan semoga semuanya berjalan dgn lncar dan jayanya yaa....

Khamis, 3 Januari 2013

Arus Bayu


Hembusan bayu kini akanku tinggalkan menjadi ingatan dan meninggalkan kesan buat diriku juga dirimu yang jauh disana, mungkinkah diri ini kukuh mencintaimu yang jauh disana akankah hati ini kekal memilikimu....
kaki ini terasa berat melangkah meninggalkan Hembusan arus bayu untk memulakan hidup baharu dinegeri Bumi kenyalang, meski berat hati ini demi memajukan diri kita harus menempuh dugaan rintangan yang mendatang kerna aku pasti akan bahgia pada akhirnya.

kini burung kenyalang mengantikan hembusan arus bayu yang sering menyapa pipi, bagai acuh tak acuh melangkahkan kaki ke negeri orang kerana perbezaan budaya tetapi apakah hendak dikata kerana pepatah mengatakan "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

Selasa, 11 September 2012

Disana kawan disini pun kawan

Pernahkah anda merasakan seperti tersepit diantara dua kawanan gajah yang tengah bertelagah dan anda berada ditengah????? apa yang anda akan buat Berdiam atau ikut bertelagah sesama rakan, atau cuba memihak kepada sebelah pihak atau memberikan situasi menang2 diantara mereka dan perlukah kita menjaga hati atau ????(sendiri punya pahamlah) .

Ahad, 5 Ogos 2012

Serapih oh serapih

serapih menjadi bukti madah perjuangan anak bangsa yang bergelar mahasiswa POLIKU, mengelilinggi bagunan politeknik dan menjadi sebuah panorama indah... kini aku menjejakkan kaki teguh berdiri sama seperti dahan segar yang berdiri teguh dan terpacak tinggi dikaki gunung serapih... semangat muda berkobar hendak melaksanakan dan melakukan sesuatu yang baru... tetapi ingin memulakan perjuangan ini terasa pelbagai aral yang datang melintang akankah semangat muda menguasai situasi ataupun aku gugur tanpa sebarang percubaan???

Sabtu, 16 Jun 2012

Semusim dijalan kenangan...


Assalammualaikum...

SEMUSIM DIJALAN KENANGAN seperti tajuk lagu pula, tapi ia bukannya Puisi, lagu dan juga Tajuk mana2 filem atau drama hehe cuma tajuk yangku reka semata-mata cereka kosong. kita pada baru-baru ini memasuki sebuah sekolah di sandakan, pelbagai ragam yang kita jumpa apabila memasuki sekolah baharu ada yang baik dan ada juga yang buruknya...

memasuki sekolah ini hanya untuk meluangkan masa bagi menunggu keputusan Poliku, (Doakan kita berjaya). dalam beberapa minggu sahaja kita sudah mempunyai beberapa orang kawan maklumlah kitakan pandai bergaul(puji diri sikit). kita memasuki kelazzzz Sains sosial(jangan sebut kuat SOSIAL) hehe, beberapa orang kerenah pelajar kadang2 membuatkan aku lupa bahawa aku akan meninggalkan sekolah itu tetapi kadang ada sesetengah yang membuatkan diri ini untuk melangkah keluar dari sekolah itu....




Selasa, 3 April 2012

"Hidup bagaikan pentas opera"
cebisan lagu dripada kumplan wing. Sebuah pentas opera tidak akan lengkap seandainya tiada pelakon yang akan menjayakan setiap watak, mungkin begitu juga nasib diri yang dimana aku dan anda semua adalah pelakon yang melakonkan watak masing-masing tanpa memerlukan skrip dan juga kepalsuan agar menyembunyikan kelemahan dan sebagai pelakon dibumi Allah ini yang kita tidak pasti pengakhiran jalan cerita hidup kita janganlah sesekali kita putuskan pergantungan terhadapnya kerana seperti yang kita tahu bahawa kita dijadikan khalifah dimuka bumi hanya untuk berserah dan beribadat kepadanya sahaja.