Khamis, 3 November 2011

Aku Pasti Engkau lebih Mengerti

Sahabat,
itulah yang ku pahami,
setiba melangkah kaki ke alam persekolahan,
satu, dua mahu pun tiga yang ada tidak sebanding engkau,
setiamu pada janji dan hubungan persahabatanmu ku sanjung tinggi.

mengapa... mengapa...
sekelip mata engkau berubah,
mungkinkah aku yang bersalah atau peristiwa kemarin menyinggungmu,
andai itulah jawapmu berikan aku mohon kemaafan,
berikan aku peluang agar kerengangan antara kita ku baiki,

sahabat,
ku katakan engkaulah sahabatku, 
sejenak engkau terdiam dan terkaku,
engkau pergi tanpa kata menyebabkan aku tersungkur jatuh,
persoalan yang bermain di mindaku, 
Kenapa... dan kenapa...
aku mencari jawapan dalam setiap persoalan, 

suatu ketika majlis keramaian kulihat di hadapan rumahmu,
oleh kerna tertanya aku pun menuju kerumahmu,
aku tertanya adakah majlis perkahwinanmu,
adakah ini sambutan ulang tahun lahirmu,
kulihat sebujur badan dibacakan surah yassin.
sebujur badan membuatku tertanya,

andai ini jawapan kepada persoalanku selama ini,
mengapa engkau tidak ingin memberitahuku,
mengapa engkau tidak menceritakan kepadaku, 
yang ku terima selepas pemergianmu,
sepucuk surat putih bertuliskan,
"Maafkan Aku SAHABATku aku sembunyikan penyakit 
ini agar engkau mudah melupaka aku"
airmataku jatuh membasahi bumi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan